Semua murid tahun enam (2013) dikehendaki menyiapkan satu buku skrap ( pilih satu tajuk sahaja ) seperti ketetapan di bawah:
Tajuk : 1) Puasa Ramadan
2) Solat Hari Raya
3) Najis dan cara menyucikannya.
Isi kandungan : Pengenalan, makna (maksud), hukum, dalil, Syarat, rukun, cara, perkara yang membatalkannya, hikmah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.
Keterangan : 1) Persembahan mestilah kreatif lengkap dengan carta dan gambar.
2) Tulisan bertaip rumi lebih kurang 20 muka surat (10 helai).
3) Digalakkan menggunakan kertas warna bersaiz A4.
4) Jika dah siap, jilidkan buku anda (binding).
5) Tarikh akhir hantar 4 April 2013.
6) Anda boleh dapatkan maklumat dari buku, majalah, internet dan lain-lain sumber.
Thursday, March 7, 2013
Tugasan : Membuat Buku Skrap
Posted by ustaz at 2:33 AM 0 comments
Nik Nur Syahmina (6D) Johan Tilawah al-Quran Pandu Puteri Selangor 2013
Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak khabarkan berita baik yang menggembirakan seluruh warga SKBK. Nak tahu apa dia?
Ha.... macam ni. Pada 26 Februari 2013 yang lalu iaitu hari selasa seorang murid perempuan tahun 6 Dedikasi iaitu Nik Nur Syahmina Alia binti Sham Zuki telah mewakili daerah Hulu Selangor dalam Pertandingan Tilawah al-Quran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor. Pertandingan ini telah diadakan di SMK SS17, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pemergiannya ke sana diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Siti Zanariah binti Jalal dan Ustazah Hjh Idayu binti Mustakim. Mungkin ketenangan semulajadi yang ada pada Nik Nur Syahmina membuatkannya lebih yakin apabila berhadapan dengan hakim dan para penonton. Kesudahannya beliau telah dinobatkan sebagai johan edisi kali ini. Tahniah..tahniah....tahniah.... diucapkan kepada Nik Syahmina atas kejayaan ini. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Siti Zanariah dan tak lupa juga ustazah Idayu yang turut membantu di balik tabir.
Kemenangan ini sangat berbaloi kerana pada bulan September nanti, beliau sekali lagi akan cuba mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri kerana akan menyertai Tilawah peringkat Antarabangsa yang akan diadakan di negara Brunei Darussalam. Sama-samalah kita doakan agar beliau beroleh kejayaan.
Posted by ustaz at 2:14 AM 0 comments
Wednesday, February 13, 2013
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H
Pada 25 Januari 2013 yang lalu, pihak panitia P.Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Ianya diadakan dalam suasana agak sederhana. majlis ini di bawah penyelarasan al-Fadhil Ustaz Mohd Hannan.
Posted by ustaz at 7:12 AM 0 comments
Friday, May 18, 2012
Hari Guru 2012
Macam biasalah seperti tahun-tahun lepas, Hari Guru tetap disambut sederhana. Ada bacaan perutusan, ada kek, ada permainan dan ada persembahan guru. Tapi yang paling best dan wajib ada ialah jamuan makan. Yang ni menjadi acara kemuncak. Dah jemu makan di restoran, hotel mahupun resort, tahun ni buat lain sikit jamuan kat sekolah aje. Tapi makannya agak mewah jugak. Terima kasih cikgu-cikgu lelaki sebab start jam 4.30 petang dah bertungkus-lumus menyediakan apa yang nak dimakan, begitu juga dengan sebahagian cikgu pompuan.
Pukul 4.30 petang, Cikgu Afrizal dan gengnya mula besiang ikan (rohu dan keli). Memanglah agak hanyir sikit tapi ikan tu segar lagi, memang sedap. Lepas siapkan bara api, diorangpun mula membakar sampailah lepas Maghrib.
Cikgu Hamid dan Cikgu Zuhaimi pulak menyediakan air, teh tarik dan oren. Diorang kata teh tarik Amid ni memang mengancam. Tau-tau dengar azan Maghrib, kami berhenti dulu untuk solat berjemaah diimamkan oleh Imam Tinggi Ustaz Irwan. Habis tu kami buat tahlil sikit untuk arwah ibu bapa, sanak saudara serta guru-guru yang telah kembali ke Rahmatullah.
Lepas tu barulah jamuan bermula hingga ke jam 10.40 malam. Makan memang mewah siap ada sate, celup-celup, nasi goreng dan macam-macam lagi, barulah puas hati.
Posted by ustaz at 9:06 AM 0 comments
Sunday, February 12, 2012
Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) SK Batang Kali 2012
Sepertimana tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini juga SKBK tetap menjalankan Program Majlis Tadarus al-Quran atau lebih dikenali dengan MTQ. Bermula jam 3.00 petang pada 8 Februari 2012 yang lalu, murid-murid dikumpulkan di dataran perhimpunan lengkap berpakaian Melayu (lelaki) dan berbaju kurung (Perempuan). Seramai 60 orang peserta telah berjaya ke peringkat akhir dalam 6 acara yang dijalankan.
Sebenarnya pada 1 Februari yang lalu telah dijalankan acara saringan bagi memilih 10 peserta yang terbaik bagi setiap acara. Pihak penganjur telah menerima penyertaan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid SK Batang Kali. Kami telah menerima antara 15 hingga 25 penyertaan bagi setiap acara dan kategori. Walalupun begitu hanya 10 yang terbaik sahaja layak ke peringkat akhir.
Acara peringkat akhir telah dijalankan di beberapa bilik dan tempat khas seperti di surau, kantin, perpustakaan, bilik tayangan dan bilik darjah. Satu perkara yang agak menarik setiap kali aktiviti Pendidikan Islam dijalankan di SKBK ialah kami mendapat kerjasama yang sangat erat dari guru-guru lain (bukan Guru Pendidikan Islam dan j-QAF). Hari ini mereka bersama-sama memeriahkan dan membantu menjayakan program ini. Ada yang bertugas mengendalikan aktiviti mewarna malah ramai juga yang berperanan sebagai hakim bagi acara yang dijalankan. Terima kasih cikgu-cikgu semua.
Setelah 2 jam berlalu akhirnya senarai pemenang telahpun diperolehi seperti berikut:
- Johan Tilawah Lelaki = Muhammad Erfan bin Zainol Bahrin (6 Intan)
- Johan Tilawah Perempuan = Nabiha Husna binti Sharizan (6 Zamrud)
- Johan Hafazan Lelaki = Muhamad bin Nor Azwan (6 Zamrud)
- Johan Hafazan Perempuan = Haida Natasya binti Mohd Yusri (5 Zamrud)
- Johan Bercerita Lelaki = Nafiizuddin Danial bin Ramdan (5 Zamrud)
- Johan Bercerita Perempuan = Fatin Nasuha binti Rahmat (6 Zamrud)
Posted by ustaz at 5:49 PM 0 comments
Wednesday, January 25, 2012
Rezeki dikongsi bersama......
Rezeki yang halal merupakan perkara yang penting dalam hidup kita sebagai muslim beriman. Rezeki yang halal inilah bakal menjadi darah daging diri kita. Apabila kita makan daripada sumber rezeki yang halal, maka baiklah darah daging kita dan begitu juga sebaliknya. Kenikmatan lebih dirasai dan lebih dihargai apabila rezeki itu adalah daripada usaha titik peluh kita sendiri.
"Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah
Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah 'Azzawajalla. (Riwayat Muslim)
Semoga kita sama-sama menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.
Wallahualam.
Posted by ustaz at 12:29 AM 0 comments
Tuesday, January 24, 2012
Mesyuarat Panitia Pend. Islam daerah Hulu Selangor kali 1/2012
Pada 19 Januari 2012 yang lalu, bertempat di Bilik Gerakan, SK BatangKali, mesyuarat Panitia Pendidikan Islam daerah untuk kali pertama 2012 telah diadakan. Nampaknya SKBK masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi di peringkat daerah bagi sekolah rendah. Saya pun dah tak ingat, ini tahun ke berapa SKBK menjadi pengerusi.
Tahun ini mesyuarat dipengerusikan oleh GB SKBK yang baru iaitu En. Taufek bin Mohamed. Selain itu, GPK 1 SKBK, En. Mayuddin bin Hj. Omar juga turut serta. Manakala wakil daripada pihak PPD hanya Ustaz Samsudin Ahmad sahaja yang dapat hadir, Ustaz Sabri tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri taklimat berkaitan persaraan. Ketua panitia atau wakil sekolah pula, alhamdulillah bolehlah dikatakan semuanya dapat hadir. SK Batang Kali diwakili oleh Ketua Panitia Ustazah Suriyani, Ustazah Rohaida dan Ustaz Sahidan bin Umar.
Seperti tahun-tahun lepas, agenda mesyuarat masih lagi berkisar tentang perkara yang sama iaitu tentang, kurikulum, kokurikulum, kewangan, isu-isu semasa, j-QAF, kuota GPI & j-QAF dan lain-lain. Mesyuarat yang bermula jam 2.45 petang telah berakhir pada jam 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama membantu menjayakan mesyuarat tersebut.
Posted by ustaz at 10:25 PM 0 comments
Sunday, January 15, 2012
Makluman Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) SKBK 2012.
Assalamualaikum semua.
Perhatian untuk semua murid SKBK terutama murid-murid tahun 4,5 dan 6.
Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) 2012 peringkat sekolah akan diadakan pada Hari Rabu 8 Februari 2012 akan datang. Saringan untuk mencari 10 peserta terbaik akan diadakan pada 1 Februari, seminggu sebelum acara final.
Acara yang dipertandigkan ialah Tilawah al-Quran Lelaki, Tilawah al-Quran Perempuan, Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan, Bercerita Kisah dari al-Quran Lelaki dan Bercerita Kisah dari al-Quran perempuan.
Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam pengujian ini bolehlah mendaftar dengan mengisi borang penyertaan yang telah ditampal di papan kenyataan di kelas masing-masing. Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari 2012 jam 10.00 pagi.
Posted by ustaz at 9:45 PM 0 comments
Tuesday, January 10, 2012
SENARAI TUGAS GPI & Gj-QAF 2012
- Pentaksir PAFA
- Guru ICT Pend. Islam
- Penyelaras Program bacaan Yasin tahun enam
- Fail PAFA, Perkembangan staf dan pencerapan
- Penyelaras Program Pemantapan Ibadah dan Aktiviti selepas UPSR.
4) Ustazah Umi Kalsom bt. Zainal Abidin
- Penyelaras PAFA (Ketua Pentaksir Sekolah)
- Fail PAFA dan Bank soalan
- Penyelaras Program Israk dan Mikraj
- Penyelaras surau al-Hikmah
- Fail sukatan pelajaran dan maklumat guru
- Penyelaras Surau al-Hikmah
6) Ustazah Rohaida bt. Mat Isa
- Penyelaras j-QAF
- Penyelaras bilik j-QAF
- Fail j-QAF
- Penyelaras program Ihya' Ramadan
7) Ustazah Norma bt. Che Musa
- Setiausaha panitia P. Islam
- Pemulihan jawi
- Fail minit mesyuarat, jadual waktu guru dan kokurikulum.
- Penyelaras aktiviti Minggu Jawi
8) Ustazah Noriza bt. Abdullah
- Guru Data
- Bilik j-QAF
- Fail Data j-QAF
- Penyelaras Program Hari kualiti Pendidikan Islam.
9) Ustazah Norasliza bt. Ghazali
- Penyelaras Literasi al-Quran
- Fail Tasmik
- Hari Kualiti Pendidikan Islam
10) Ustazah Rosidah bt. Ishak
- Penyelaras papan info j-QAF
- Guru ICT Pend. Islam
- Fail Bahasa Arab
- Penyelaras Program Minggu Bahasa Arab
11) Ustaz Mohd Faizal bin Leman
- Guru data P.Islam & j-QAF
- Guru pembimbing bacaan Yasin tahun enam
- Fail Bahasa Arab
- Penyelaras Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
12) Ustaz Muhammad Irwan
- Guru Literasi al-Quran
- Fail Kem Bestari Solat
- Penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Posted by ustaz at 4:36 PM 0 comments
Tuesday, December 13, 2011
Majlis Berkhatan Beramai-ramai
Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak bercerita pula tentang satu Majlis Berkhatan beramai-ramai yang telah berlangsung pada 5 Disember 2011 yang lalu (masa cuti akhir tahun tu). Walaupun majlis ini bukan anjuran panitia P.Islam SKBK tetapi elok juga saya ketengahkan kerana melibatkan ramai anak-anak cikgu SKBK dan juga murid-murid SKBK.
2 hari sebelum tu iaitu pada 3 dan 4 Disember beberapa orang penduduk bergotong royong membasuh rumah dan mendirikan khemah yang dipinjam daripada pihak bomba. Tanggal 5 Disember seawal jam 7.30 pagi bermulalah debaran para peserta. Sebelum dikhatankan, majlis perasmian diadakan terlebih dahulu. Doa dibacakan oleh Ustaz Sahidan dan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Isa Abu Kasim, ADUN Batang Kali.
Selepas itu segala keresahan dan kerisauan peserta dibasuh dengan pancutan air dari lori SYABAS. Wah... nampak keriangan mula menyerlah di wajah mereka. Anak-anak yang tak bersunatpun tumpang sekaki. Kira-kira jam 9.00 peserta pertama dan kedua (kedua-duanya anak cikgu Pian) dipanggil masuk ke bilik sunat. Terdengar sayup-sayup raungan tangisan salah seorang dari mereka. Mujur DJ hari itu memasang bacaan ayat-ayat al-Quran lebih kuat bunyinya dari bunyi orang menangis. Lebih kurang 10 minit, keluar dua orang budak tu, masuk pulak 2 orang yang lain. Begitulah seterusnya sehingga selesai tepat jam 11.00 pagi. Anak-anak, ibu bapa, Tok Mudim (dari hospital KKB) semuanya tarik nafas panjang, bersyukur majlis selesai. Alhamdulilah....
Posted by ustaz at 10:51 AM 0 comments
Thursday, November 3, 2011
Program Pemantapan Ibadah 2011
Sebagaimana tahun-tahun lepas, pada tahun 2011 ini juga, pihak Panitia Pendidikan Islam SKBK telah mengadakan Program Pemantapan Ibadah khasnya untuk murid-murid tahun enam. Ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti selepas UPSR bagi mereka dan ini juga merupakan progaram kali ke sembilan diadakan di sekolah ini.
Program ini dijalankan selama satu bulan iaitu sepanjang bulan Oktober 2011. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Tahsinus Solah, Solat berjemaah (penekanan kepada muafik dan masbuk), Wirid dan doa, Solat Subuh individu, transliterasi rumi ke jawi dan juga nasyid.
Murid-murid tahun enam dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu mengikut rumah sukan Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Dalam aktiviti Tahsinus Solah, murid-murid lemah dibimbing bermula dari wuduknya sehinggalah salamnya. Aktiviti ini dijalankan di surau. Untuk aktiviti solat berjemaah, wakil setiap rumah seramai 15 orang satu rumah akan dibimbing dan dinilai aspek wuduknya, adab dalam masjid/surau/musolla, azan, iqamah, solat maghrib berjemaah, wirid serta doa di akhirnya. Ianya dijalankan di surau, wakaf dan juga di atas pentas di dalam dewan.
Selain daripada itu semua murid dikehendaki menghafaz wirid dan doa selepas solat dan setiap murid juga akan dinilai pengusaannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas. Selain itu, murid-murid dan semua guru juga diberi peluang menterjemahkan tulisan rumi ke dalam tulisan tulisan jawi melalui edaran yang diberikan kepada mereka.
Bagi acara nasyid, murid-murid diberi peluang memilih dan berlatih sendiri dengan bimbingan guru rumah masing-masing. Pada 27 Oktober 2011 telah diadakan acara akhir pertandingan nasyid dan pada 28 Oktober pula telah diadakan acara akhir pengujian Tahsinus Solah bagi wakil setiap rumah.
Posted by ustaz at 10:33 AM 0 comments
Thursday, September 15, 2011
KURSUS KSSR P.ISLAM THN 2
Nampaknya waktu-waktu sepertiga akhir 2011 ini ( lebih-lebih lagi bulan September ) guru-guru terus dipanggil untuk menghadiri kursus yang telah diatur oleh pihak KPM. Jangan marah, jangan merungut.. ini bukan satu bebanan untuk guru tetapi satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bagi memartabatkan pendidikan negara. Jadi guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF juga tidak terkecuali.
Pada awal September, bertempat di Pusat kegiatan Guru (PKG) Kalumpang, 2 Kursus KSSR tahun 2 bagi kegunaan 2012 telah diadakan iaitu Kursus P.Islam dan satu lagi Kursus Bahasa Arab tahun dua. Kursus ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 5 September dan berakhir pada 9 September 2011. Berbagai slot telah diketengahkan oleh para jurulatih kedua-dua mata pelajaran ini.
Ustazah Salinah dan Ustazah Noriza telah mewakili SK Batang Kali dalam kursus tersebut. Ustazah Salinah mewakili subjek Pendidikan Islam manakala Ustazah Noriza untuk subjek Bahasa Arab. Ustaz Sahidan pula berperanan sebagai jurulatih utama dan urusetia.
Di dalam kursus tersebut para peserta didedahkan dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam KSSR termasuk kandungan pelajaran, pedagogi, penilaian, pengisian data, peranan guru dan sebagainya. Bukan sekadar mendengar, para peserta juga diberi peluang berbincang, bersoaljawab dan membentangkan hasil kerja dan hasil bengkel. Sesungguhnya kursus ini sangat memberi manfaat kepada guru, murid dan pihak sekolah.
Posted by ustaz at 8:59 AM 0 comments






















