BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Thursday, March 7, 2013

Tugasan : Membuat Buku Skrap


Semua murid tahun enam (2013) dikehendaki menyiapkan satu buku skrap ( pilih satu tajuk sahaja ) seperti ketetapan di bawah:
Tajuk             :   1)  Puasa Ramadan
                          2)  Solat Hari Raya
                          3)  Najis dan cara menyucikannya.

Isi kandungan :   Pengenalan, makna (maksud), hukum, dalil, Syarat, rukun, cara, perkara yang membatalkannya, hikmah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Keterangan : 1)  Persembahan mestilah kreatif lengkap dengan carta dan gambar.
                    2)  Tulisan bertaip rumi lebih kurang 20 muka surat (10 helai).
                    3)  Digalakkan menggunakan kertas warna bersaiz A4.
                    4)  Jika dah siap, jilidkan buku anda (binding).
                    5)  Tarikh akhir hantar 4 April 2013.
                    6)  Anda boleh dapatkan maklumat dari buku, majalah, internet dan lain-lain sumber.

Nik Nur Syahmina (6D) Johan Tilawah al-Quran Pandu Puteri Selangor 2013

Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak khabarkan berita baik yang menggembirakan seluruh warga SKBK.  Nak tahu apa dia?
Ha.... macam ni.  Pada 26 Februari 2013 yang lalu iaitu hari selasa seorang murid perempuan tahun 6 Dedikasi iaitu Nik Nur Syahmina Alia binti Sham Zuki telah mewakili daerah Hulu Selangor dalam Pertandingan Tilawah al-Quran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor.  Pertandingan ini telah diadakan di SMK SS17, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
     Pemergiannya ke sana diiringi oleh dua orang guru iaitu Cikgu Siti Zanariah binti Jalal dan Ustazah Hjh Idayu binti Mustakim.  Mungkin ketenangan semulajadi yang ada pada Nik Nur Syahmina membuatkannya lebih yakin apabila berhadapan dengan hakim dan para penonton. Kesudahannya beliau telah dinobatkan sebagai johan edisi kali ini.  Tahniah..tahniah....tahniah.... diucapkan kepada Nik Syahmina atas kejayaan ini. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Siti Zanariah dan tak lupa juga ustazah Idayu yang turut membantu di balik tabir.



     Kemenangan ini sangat berbaloi kerana pada bulan September nanti, beliau sekali lagi akan cuba mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri kerana akan menyertai Tilawah peringkat Antarabangsa yang akan diadakan di negara Brunei Darussalam.  Sama-samalah kita doakan agar beliau beroleh kejayaan.

Wednesday, February 13, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

Pada 25 Januari 2013 yang lalu, pihak panitia P.Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.  Ianya diadakan dalam suasana agak sederhana.  majlis ini di bawah penyelarasan al-Fadhil Ustaz Mohd Hannan.




   Pada asalnya majlis ini dijadualkan berlangsung seawal jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan.  Namun begitu, hujan renyai-renyai yang turun sejak dari subuh telah membantutkan usaha tersebut hingga akhirnya majlis ditangguhkan ke pukul 8.30 pagi di Dewan SKBK.  Alhamdulillah selepas itu majlis berjalan lancar.
   Setelah semua murid memenuhi dewan, barulah majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengacara majlis iaitu Ustaz Sahidan Umar.  Bacaan doa pula dipimpin oleh ustaz Irwan.  Selepas itu Puan Norzakiah selaku Guru Besar pula memberikan sedikit ucapan dan kemudian diikuti pula dengan ceramah berbentuk cerita yang disampaikan oleh Ustaz Irwan.  Banyak cerita bermanfaat yang disampaikan oleh ustaz Irwan.


  

   Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara kuiz tahap satu.  Hadiah disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Pn. Nurakmar Niza.  Sebelum rehat tahap satu, diadakan pula acara perarakan tahap satu.




Sementara itu di dewan diteruskan pula dengan acara kuiz tahap dua dan selepas itu barulah perarakan tahap dua pula mengambil tempat bermula dari pintu masuk SKBK.  Majlis berakhir jam 10.30 padi.