BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Friday, May 18, 2012

Hari Guru 2012

     Macam biasalah seperti tahun-tahun lepas, Hari Guru tetap disambut sederhana.  Ada bacaan perutusan, ada kek, ada permainan dan ada persembahan guru.  Tapi yang paling best dan wajib ada ialah jamuan makan.  Yang ni menjadi acara kemuncak.  Dah jemu makan di restoran, hotel mahupun resort, tahun ni buat lain sikit jamuan kat sekolah aje.  Tapi makannya agak mewah jugak.  Terima kasih cikgu-cikgu lelaki sebab start jam 4.30 petang dah bertungkus-lumus menyediakan apa yang nak dimakan, begitu juga dengan sebahagian cikgu pompuan.
     Pukul 4.30 petang, Cikgu Afrizal dan gengnya mula besiang ikan (rohu dan keli).  Memanglah agak hanyir sikit tapi ikan tu segar lagi, memang sedap. Lepas siapkan bara api, diorangpun mula membakar sampailah lepas Maghrib.


      Sementara tu, pengerusi (Ustaz sahidan), cikgu Jemain dan geng-geng dia sibuk menyediakan air asamnya ikut resepi orang bujang (cili api, cili besar, bawang besar, limau kasturi dan kicap kipas udang dan satu bahan yang dirahsiakan).  Wooowwwww tak cukup, kesian Ustazah Normah, dapat makan sikit aje malam tu.
     Cikgu Hamid dan Cikgu Zuhaimi pulak menyediakan air, teh tarik dan oren.  Diorang kata teh tarik Amid ni memang mengancam.  Tau-tau dengar azan Maghrib, kami berhenti dulu untuk solat berjemaah diimamkan oleh Imam Tinggi Ustaz Irwan.  Habis tu kami buat tahlil sikit untuk arwah ibu bapa, sanak saudara serta guru-guru yang telah kembali ke Rahmatullah.



Lepas tu barulah jamuan bermula hingga ke jam 10.40 malam.  Makan memang mewah siap ada sate, celup-celup, nasi goreng dan macam-macam lagi, barulah puas hati.

Sunday, February 12, 2012

Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) SK Batang Kali 2012

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini juga SKBK tetap menjalankan Program Majlis Tadarus al-Quran atau lebih dikenali dengan MTQ.  Bermula jam 3.00 petang pada 8 Februari 2012 yang lalu, murid-murid dikumpulkan di dataran perhimpunan lengkap berpakaian Melayu (lelaki) dan berbaju kurung (Perempuan).  Seramai 60 orang peserta telah berjaya ke peringkat akhir dalam 6 acara yang dijalankan.


     Sebenarnya pada 1 Februari yang lalu telah dijalankan acara saringan bagi memilih 10 peserta yang terbaik bagi setiap acara.  Pihak penganjur telah menerima penyertaan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid SK Batang Kali.  Kami telah menerima antara 15 hingga 25 penyertaan bagi setiap acara dan kategori.  Walalupun begitu hanya 10 yang terbaik sahaja layak ke peringkat akhir.



     Acara peringkat akhir telah dijalankan di beberapa bilik dan tempat khas seperti di surau, kantin, perpustakaan, bilik tayangan dan bilik darjah.  Satu perkara yang agak menarik setiap kali aktiviti Pendidikan Islam dijalankan di SKBK ialah kami mendapat kerjasama yang sangat erat dari guru-guru lain (bukan Guru Pendidikan Islam dan j-QAF).  Hari ini mereka bersama-sama memeriahkan dan membantu menjayakan program ini.  Ada yang bertugas mengendalikan aktiviti mewarna malah ramai juga yang berperanan sebagai hakim bagi acara yang dijalankan.  Terima kasih cikgu-cikgu semua.



     Setelah 2 jam berlalu akhirnya senarai pemenang telahpun diperolehi seperti berikut:

  1.  Johan Tilawah Lelaki = Muhammad Erfan bin Zainol Bahrin (6 Intan)
  2.  Johan Tilawah Perempuan = Nabiha Husna binti Sharizan (6 Zamrud)
  3.  Johan Hafazan Lelaki = Muhamad bin Nor Azwan (6 Zamrud)
  4.  Johan Hafazan Perempuan = Haida Natasya binti Mohd Yusri (5 Zamrud)
  5.  Johan Bercerita Lelaki = Nafiizuddin Danial bin Ramdan (5 Zamrud)
  6.  Johan Bercerita Perempuan = Fatin Nasuha binti Rahmat (6 Zamrud)

Wednesday, January 25, 2012

Rezeki dikongsi bersama......

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang  yang menurunkan rezeki yang tidak terhingga kepada setiap hamba-Nya.

     Rezeki yang halal merupakan perkara yang penting dalam hidup kita sebagai muslim beriman.   Rezeki  yang halal inilah bakal menjadi darah daging diri kita.  Apabila kita makan daripada sumber rezeki yang halal, maka baiklah darah daging kita dan begitu juga sebaliknya. Kenikmatan lebih dirasai dan lebih dihargai apabila rezeki itu adalah daripada usaha titik peluh kita sendiri.
 2 ekor ikan dikongsi ramai-ramai

     Yang ni pula, sebiji durian kongsi 6 orang

     Lebih cantik lagi kalau rezeki yang kita dapat , kita kongsi bersama dengan orang lain seperti ahli keluarga dan sahabat handai.  Ada ketikanya rezeki ini juga patut kita kongsi dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan.  Beli makanan yang sedap sedekah pada kawan-kawan.  Beli ikan yang sedap sedekah pada kucing, beli baja yang berkhasiat, beri pada pokok bunga.  Inilah yang dimaksudkan berkongsi rezeki. 

    Teringat aku tatkala musim buah berada di kemuncaknya baru-baru ini (sekarang dah penghujung).  Dalam perjalanan ke sekolah, ku lihat buah-buah rambutan dan pulasan berjuntai-juntaian di atas  kepala.  Wah.. mewah sungguh nampaknya.   Bukan semua orang menjadikan rezeki Allah ini sebagai sumber pendapatan kerana masing-masing ada pokoknya.   Bukan setakat rambutan dan pulasan, malah juga durian, manggis dan cempedak.  Walaupun begitu tak ramai juga yang sanggup mendermakan sedikit untuk mereka yang tiada.  Kalauada orang yang mengambil tanpa kebenaran, dimaki hamunnya.  Bukankah lebih baik kalau dimaafkan dan niatkan sedekah saja.
 Ini pun baik, sedahan kongsi ramai-ramai

 Yang ni tak adil, seorang guna bakul, seorang lagi guna plastik aje.

     Ingat…. dalam harta orang kaya itu ada hak untuk si miskin.   Daripada layu di dahan, kan lebih baik di hantar ke rumah anak yatim, orang miskin,  pusat-pusat pemulihan, sekolah, asrama dan kilang-kilang.  Rasanya pekerja warga asing di Malaysia, kalau nak rasa buah-buahan ni,  kenalah beli.  Saya teringat tahun 2011 yang lalu, di sebuah sekolah di negeri Selaangor, guru-gurunya berkongsi duit beli selori durian dan kemudian disajikan kepada semua pelajar di sekolah mereka.  Inilah baru dikatakan “dikongsi bersama” dan inilah juga merupakan tanda orang bersyukur.  Bukan setakat mengucapkan Alhamdulillah.  Tidak akan kurang harta orang yang bersyukur malah Allah akan tambahkan lagi kepadanya.
Rezeki yang sedikit, kongsilah sikit, rezeki yang bayak, kongsilah bayak.    
ikan dan udang yang ada dalam sungai pun diorang kongsi

 Sesungguhnya berkongsi rezeki bermakna berkongsi kebahagiaan.

Akhir kalam buat renungan bersama- 
sebuah hadith ; Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah
Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah 'Azzawajalla. (Riwayat Muslim)

Semoga kita sama-sama menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.
Wallahualam.

Tuesday, January 24, 2012

Mesyuarat Panitia Pend. Islam daerah Hulu Selangor kali 1/2012

Pada 19 Januari 2012 yang lalu, bertempat di Bilik Gerakan, SK BatangKali,  mesyuarat Panitia Pendidikan Islam daerah untuk kali pertama 2012 telah diadakan.  Nampaknya SKBK masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi di peringkat daerah bagi sekolah rendah.  Saya pun dah tak ingat, ini tahun ke berapa SKBK menjadi pengerusi.


     Tahun ini mesyuarat dipengerusikan oleh GB SKBK yang baru iaitu En. Taufek bin Mohamed. Selain itu, GPK 1 SKBK, En. Mayuddin bin Hj. Omar juga turut serta.  Manakala wakil daripada pihak PPD hanya Ustaz Samsudin Ahmad sahaja yang dapat hadir, Ustaz Sabri tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri taklimat berkaitan persaraan.  Ketua panitia atau wakil sekolah pula, alhamdulillah bolehlah dikatakan semuanya dapat hadir.  SK Batang Kali diwakili oleh Ketua Panitia Ustazah Suriyani, Ustazah Rohaida dan Ustaz Sahidan bin Umar.


     Seperti tahun-tahun lepas, agenda mesyuarat masih lagi berkisar tentang perkara yang sama iaitu tentang, kurikulum, kokurikulum, kewangan, isu-isu semasa, j-QAF, kuota GPI & j-QAF dan lain-lain.   Mesyuarat yang bermula jam 2.45 petang telah berakhir pada jam 5.30 petang.  Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama membantu menjayakan mesyuarat tersebut.

Sunday, January 15, 2012

Makluman Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) SKBK 2012.

Assalamualaikum semua.
Perhatian untuk semua murid SKBK terutama murid-murid tahun 4,5 dan 6.  
Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) 2012 peringkat sekolah akan diadakan pada Hari Rabu 8 Februari 2012 akan datang.  Saringan untuk mencari 10 peserta terbaik akan diadakan pada 1 Februari, seminggu sebelum acara final.
     Acara yang dipertandigkan ialah Tilawah al-Quran Lelaki, Tilawah al-Quran Perempuan, Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan, Bercerita Kisah dari al-Quran Lelaki dan Bercerita Kisah dari al-Quran perempuan.
     Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam pengujian ini bolehlah mendaftar dengan mengisi borang penyertaan yang telah ditampal di papan kenyataan di kelas masing-masing.  Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari 2012 jam 10.00 pagi.

Tuesday, January 10, 2012

SENARAI TUGAS GPI & Gj-QAF 2012

1)     Ustazah Suriyani bt. Mohd Arshad
        -  Ketua Panitia P.Islam
        -  Fail Induk, surat-menyurat, perkembangan staf, analisa exam/ujian, kewangan, pencerapan dan
            perancangan peningkatan panitia.
        -  Penyelaras Ihya' Ramadan

2)     Ustazah Hjh. Idayu bt. Mustakim
        -  Surau al-Hikmah
        -  Fail sukatan pelajaran dan maklumat guru
        -  Penyelaras Program Maal Hijrah dan MTQ

3)     Ustaz Sahidan bin Umar
        -  Pentaksir PAFA
        -  Guru ICT Pend. Islam
        -  Penyelaras Program bacaan Yasin tahun enam
        -  Fail PAFA, Perkembangan staf dan pencerapan
        -  Penyelaras Program Pemantapan Ibadah dan Aktiviti selepas UPSR.


4)     Ustazah Umi Kalsom bt. Zainal Abidin
        -  Penyelaras PAFA (Ketua Pentaksir Sekolah)
        -  Fail PAFA dan Bank soalan
        -  Penyelaras Program Israk dan Mikraj

5)     Ustazah Salinah bt. Mohd Sharif
        -  Penyelaras surau al-Hikmah
        -  Fail sukatan pelajaran dan maklumat guru
        -  Penyelaras Surau al-Hikmah


6)     Ustazah Rohaida bt. Mat Isa
        -  Penyelaras j-QAF
        -  Penyelaras bilik j-QAF
        -  Fail j-QAF
        -  Penyelaras program Ihya' Ramadan


7)     Ustazah Norma bt. Che Musa
        -  Setiausaha panitia P. Islam
        -  Pemulihan jawi
        -  Fail minit mesyuarat, jadual waktu guru dan kokurikulum.
        -  Penyelaras aktiviti Minggu Jawi


8)     Ustazah Noriza bt. Abdullah
        -  Guru Data
        -  Bilik j-QAF
        -  Fail Data j-QAF
        -  Penyelaras Program Hari kualiti Pendidikan Islam.


9)     Ustazah Norasliza bt. Ghazali
        -  Penyelaras Literasi al-Quran
        -  Fail Tasmik
        -  Hari Kualiti Pendidikan Islam


10)   Ustazah Rosidah bt. Ishak
        -  Penyelaras papan info j-QAF
        -  Guru ICT Pend. Islam
        -  Fail Bahasa Arab
        -  Penyelaras Program Minggu Bahasa Arab


11)   Ustaz Mohd Faizal bin Leman
        -  Guru data P.Islam & j-QAF
        -  Guru pembimbing bacaan Yasin tahun enam
        -  Fail Bahasa Arab
        -  Penyelaras Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri


12)   Ustaz Muhammad Irwan
        -  Guru Literasi al-Quran
        -  Fail Kem Bestari Solat
        -  Penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul