BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Wednesday, December 9, 2009

Anugerah yang diterima oleh Panitia P.Islam 2009

Inilah rupa sijil Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Negeri Selangor 2009 yang telah diterima oleh Panitia Pendidikan Islam SK Batang Kali beberapa hari sebelum cuti akhir tahun hari tu. SK Batang Kali telah menerima Anugerah Pengurusan Panitia Terbaik dan juga Pengurusan Bilik j-QAF terbaik daripada pihak SPI, Jabatan Pelajaran Selangor (terbaik di daerah Hulu Selangor). Syabas dan tahniah untuk semua guru P.Islam dan j-QAF SKBK 2009.



 

Saturday, December 5, 2009

Tudung dan aurat

Hari ini berbagai jenis dan bentuk tudung yang muncul di negara kita. Ada yang kosong dan ada yang berkilat. Ada yang longgar dan ada yang ketat. Ada yang ok dan ada juga yang tidak memenuhi syarat. Syarat apa? Syarat menutup aurat? Sangat pelik dan janggal melihat wanita atau remaja bertudung apabila berpakaian menampakkan susuk tubuh dengan mengenakan baju yang ketat, bertudung tapi nampak pusat, bertudung tapi berkain singkat, bertudung tapi hiasan berat-berat...marilah kita sama-sama muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada yang kurang pengetahuan..mungkin mereka kurang ilmu tetapi jika kita yang berilmu juga masih tidak lengkap menutup aurat pasti kita dahulu yang dihumban ke dalam api neraka...nauzubillah.


Sunday, November 29, 2009

Hikmah Ibadah Korban

Sesungguhnya ibadah korban disyariatkan oleh agama Islam bermula pada tahun kedua hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, kibasy dan kambing.

Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala". Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya. Di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu ialah :

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :

"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Memandangkan ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak, maka sudah sewajarnyalah kita merebut peluang ini dengan melakukan korban pada hari raya haji dan tiga hari selepasnya (hari tasyrik). Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban.
Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

Thursday, November 12, 2009


Program Pemantapan Ibadah 2009, satu lagi program di bawah Panitia Pendidikan Islam SKBK telah dijalankan sepanjang bulan Oktober yang lalu. Ini merupakan program terakhir panitia di dalam tahun ini setelah beberapa program berjaya dilaksanakan sejak Januari lalu.  Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan ibadah di kalangan murid-murid dan warga SKBK yang lain.  Berbagai acara telah dijakankan iaitu mewarna tahun 1, menulis bacaan dalan solat dan azan untuk tahun 2 dan 3, doa selepas solat untuk tahun 4, solat Subuh individu bagi murid tahun 5, Solat Maghrib berjemaah (Muafik & Masbuk) bagi murid tahun 6 dan Transliterasi tulisan Rumi ke Tulisan Jawi bagi murid tahun 6 dan kakitangan SKBK. Kamuncak program ini ialah Penilaian Solat Maghrib berjemaah dengan penekanan kepada wuduk, azan iqamah, perlakuan solat (muafik dan masbuk), wirid dan doa oleh murid-murid tahun 6. Mereka mewakili rumah masing-masing iaitu mengikut rumah sukan.  Memandangkan ramai dari kalangan remaja hari ini yang tidak pandai solat berjemaah dengan cara yang betul (kejar imam), pihak panitia berpendapat sangat perlu didedahkan kemahiran muafik & masbuk ini kepada mereka.  Hasilnya, setelah sebulan berlatih, akhirnya seramai 60 orang murid yang terlibat sudah tahu bagaimana cara solat berjemaah dengan betul.  Penilaian di atas pentas di dalam dewan dengan disaksikan oleh murid-murid lain juga telah mendedahkan kemahiran ini kepada mereka yang tidak turut serta.




 
 





Pertandingan bilik j-QAF

Dua hari lepas (9 November 2009) bilik j-QAF SK Batang Kali telah dikunjungi oleh 3 orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor.  Mereka datang dengan tujuan untuk membuat penilaian bagi pertandingan bilik j-QAF  contoh peringkat negeri Selangor.  Mereka yang diketuai oleh Ustaz Wan Yusof telah tiba di perkarangan sekolah pada jam 3.00 petang. Ketika itu semua guru dan murid telah pulang ke rumah kerana sekolah ini hanya satu sesi.  Namun begitu Guru Besar (Pn. Hjh. Sh. Noor Azilah) dengan ditemani oleh Ustaz Sahidan (Ketua Panitia P.Islam) serta beberapa orang kakitangan di pejabat sekolah dengan penuh kesudian menyambut dan memberi layanan yang terbaik. Oppp....lupa nak beritahu, sesungguhnya bilik j-QAF SK Batang Kali telah dipilih mewakili daerah Hulu Selangor ke pertandingan peringkat negeri Selangor tahun 2009 ini.  Secara keseluruhannya, mereka sangat berpuas hati dengan segala kemudahan, peralatan, rekod perjalanan aktiviti, suasana yang kondusif untk P&P dan macam-macam lagi sepertimana yang dikehendaki dalam instrumen penilaian tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua. Menang kalah belakang kira, yang penting kita sudah lakukan yang terbaik.

 
 
 
 
 
 
 




Friday, October 9, 2009

Majlis Khatam al-Quran 2009.

Sesungguhnya membaca al-Quran itu adalah satu ibadah. Bersempena dengan program ihya' Ramadhan yang lalu, pihak panitia turut menganjurkan aktiviti bertadarus dan khatam al-Quran di kalangn murid-murid. Lebih kurang 40 orang murid telah turut serta. Pada 17 September (khamis) yang lalu, upacara penutup Program Ihya' Ramadhan telah diadakan dan Majlis Khatam al-Quran telah menjadi acara kemuncaknya. Selain daripada itu, pada hari tersebut, murid-murid dan guru SKBK juga telah disajikan dengan persembahan nasyid oleh murid lalaki tahun 5. Sungguh mengkagumkan apabila hanya dengan berbekalkan beberapa alatan muzik dan dibantu oleh 2 orang guru pembimbing, Cikgu Afrizal dan Cikgu Alpian, mereka berjaya menarik perhatian penonton hingga terpaku mata tak berkejip. Saksikan....

Friday, September 4, 2009

Album Panitia

Thursday, September 3, 2009

Program Ihya' Ramadhan 1430H

Seperti tahun-tahun yang lalu, tahun 2009 ini juga pihak Panitia Pendidikan Islam SKBK mengadakan Program Ihya' Ramadhan sempena bulan yang mulia ini. Program ini bermula pada 1 September dan akan berakhir pada 18 September 2009. Berbagai acara diadakan bagi menghidupkan suasana Ramadhan yang diberkati, di antaranya : 1. Bacaan dan tafsiran surah lazim setiap pagi di tapak perhimpunan. 2. Tazkirah Ramadhan sebelum memulakan pelajaran P. Islam. 3. Solat sunat Dhuha pada waktu rehat. 4. Pertandingan hafazan surah lazim dan bacaan dalam solat. 5. Tadarus al-Quran 6. Majlis khatam al-Quran murid j-QAF 7. Kempen membaca menambahkan pengetahuan. Majlis perasmian penutupan program ini akan diadakan pada pagi 18 September 2009 di tapak perhimpunan SKBK. Semua murid yang berjaya akan diberikan hadiah dan cenderamata.

Sunday, August 23, 2009

Lagu erti puasa

Puasa Ramadan

Banyakkan beribadat, kurangkan bermain

Firman Allah SWT yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."