BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Saturday, May 15, 2010

Sambutan Hari Guru yang Pertama

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

·         Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
·         Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
·         Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
·         Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
·         Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
·         Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

Thursday, April 1, 2010

Kelebihan membaca al-Quran

DARIPADA Aisyah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim)

Allah berfirman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab cukup terpelihara (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan daripada Allah Tuhan sekalian alam.” (Surah al-Waaqiah: 77-80)

Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian al-Quran perlu dititikberatkan kerana melalui al-Quran Allah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencapai keredaan dan keselamatan. Melalui al-Quran hamba-Nya dikeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.

Oleh yang demikian Allah mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca al-Quran seperti mana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi)

Kebaikan membaca al-Quran antaranya, bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah menghafalnya.

Sementara orang yang membaca al-Quran dengan lisan tertatih-tatih dan berat dirasakannya (gagap) maka baginya dua pahala. Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran dan mengamalkannya lebih besar darjatnya daripada orang yang tidak membaca al-Quran.

Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.”

Saturday, March 13, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BATANG KALI - KALI KE 35 pada 13 Mac 2010

Oleh: Ustaz Muhamad Mat Jusoff
Permuafakatan diperkukuh, pendidikan diperkasa

Barisan VIP

Mesyuarat dirasmikan oleh YB Mohd Isa bin Abu Kassim (Adun Batang Kali)

Ucapan aluan oleh Pn Guru Besar SK Batang Kali

Ucapan YDP PIBG

Friday, March 12, 2010

Aktiviti Majlis Tadarus al-Quran sempena Maulidur-Rasul.

Oleh : Ustaz Muhamad

Inilah di antara aktviti MTQ sepanjang program Maulidur-Rasul 1431H


Nasyid

Tilawah al-Quran lelaki dan perempuan

Bercerita

Hafazan

PROGRAM MAULIDUR RASUL 2010

                                  Bertuahnya murid-murid SKBK, dapat merasa air tangan guru.

Program Maulidur rasul telah berjalan dengan lancar pada tahun 10 Mac 2010 baru-baru ini. Semua warga sekolah bertungkus lumus mengerah tenaga dalam melaksanakan tugas masing-masing. Penat dan lelah bukannya alasan untuk tidak turut serta dalam program yang amat bermakna ini iaitu mengingati tarikh kelahiran baginda Rasulullah SAW.Di antara aktiviti yang paling mencuri tumpuan ialah memasak dan menyediakan bubur lambuk. Program yang dinamakan "lain wadah sama isinya" ini memperlihatkan begitu eratnya hubungan silatur rahim yang terpahat dalam diri warga SKBK terutamanya guru dan kakitangan lain.

Bermula dari penyediaan alatan, bahan dan memasak bubur seterusnya mengisi di dalam bekas untuk diberikan kepada anak didik, semuanya dilakukan dengan jujur, tekun dan bekerjasama. Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

             Guru Besar SKBK sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang MTQ.






Friday, February 26, 2010

Kasih Rasulullah kepada umatnya.

Cuba lihat pada diri kita! Senang, mewah dan sihat. Kemudian, pandanglah ke belakang! Berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan demi menjadikan kita seperti sekarang? Ibu yang menyusukan kita. Ayah yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menumbuhkan tulang dan daging kita. Di saat kita menangis di malam hari, siapakah yang bersengkang mata? Betapa beruntungnya kita..

Cuba lihat pula di dalam jiwa kita. Ada apa? Ada Iman, bukan? Ada Islam. Ada ketenangan dan kebahagiaan hasil daripada keduanya. Dari mana pula datangnya semua ini? Takkan datang dengan sendirinya. Pastinya ia perlu melalui satu jalan untuk sampai kepada kita. Jalan itu ialah jalan pengorbanan. Jalan darah dan air mata.

Insan yang bernama Muhammad itulah yang telah berkorban untuk menyampaikan kemanisan iman dan Islam pada kita. Dan insan itu jugalah yang sering kali air matanya mengalir mendoakan kita. “ Ya Allah, ampunkanlah ummatku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. Dan insan mulia itu, di saat ajal datang menjemputnya masih tidak jemu mengingati kita. “ Ummati… Ummati… Ummati…”, lalu pergilah dia meninggalkan kita.

“Ya Allah, manusia apakah ini, kenapa dia melakukan semua ini untuk ku?”.
“Dia adalah kekasih Allah dan dia sangat mengasihimu, sangat mencintaimu. Seluruh kehidupannya dikorbankan demi kebahagiaan dunia dan akhiratmu”
“Tapi aku tidak minta semua itu!”
“Takkanlah semua perberian perlu kepada pemintaan. Memberi atas nama cinta merupakan suatu kerelaan”

Kalau tidak kerana pengorban baginda, pasti kita hanya menangkap gelap dalam kehidupan. Kalau tidak kerana dia yang mulia, pastinya kita akan merengkok di dalam neraka buat selama-lamanya.

Itu semua kisah cinta dia. Semuanya telah berlalu. Tanggungjawabnya telah selesai. Dia telah selamat menemui Ilahi. Kita? Apa pula kisah kita? Cinta kalau dibalas cuka, itu keji namanya. Kasih andai dibalas dengan luka, jangan marah kalau dikatakan celaka.

Lihat sekali lagi kepada diri kita. Tidak lukakah hatinya melihat kita sebegini rupa?? Ke mana telah kita campak pengorbanannya? Di dalam tong manakah telah kita buang Iman dan Islam kita?? Kita memang suka membuat air matanya mengalir..

Ada orang berkata, “aku tidak buang Iman. Aku tidak pernah campak Islam”
“Dia tipu! Lihat saja pada perilakunya. Islam itu tempatnya bukan dimulut tetapi harus menjelma dalam kehidupan”

Saturday, January 30, 2010

Saturday, January 2, 2010

Hari pertama murid tahun satu 2010

Hari ini (2 Jan. 2010) merupakan hari pertama bagi murid-murid tahun satu memakai uniform sekolah di SKBK. Walaupun sesi persekolahan sebenar akan bermula pada 4 Januari 2010 akan datang (2 hari lagi), tetapi bagi anak-anak ini hari ini lebih kurang macam hari pertama yang sebenar tu juga. Apa tidaknya, mereka kena bangun awal dan mengikut ibu bapa ke SKBK bagi pendaftaran dan ujian diagnostik. Sebahagian daripada mereka mungkin sudah pernah bersekolah (pra, tadika, taski, taska dll) tetapi setelah sebulan lebih bercuti mungkin dah lain rasanya.

Sedang semua guru kelas sibuk bertugas mengutip bayaran tambahan persekolahan 2010, kami guru-guru P.Islam pula sibuk melayan karenah anak-anak cilik ini. Semua mereka dimasukkan ke dalam kelas yang ditetapkan untuk dibuat ujian pengesanan. Macam-macam ada. Ada yang senyap tak bersuara, ada yang terlebih ramah, ada yang tak peduli hal orang lain, ada yang tak boleh berenggang dengan emak ayah dan ada juga yang meraung menangis tak tahu kenapa.

Apa-apapun, tugas guru bukan hanya sebagai pengajar tetapi juga pendidik, pengasuh dan pemudahcara. Segalanya dapat ditangani dengan baik. Tahniah buat semua guru P.Islam yang berjaya mengendalikan ujian dan kawalan disiplin kelas dengan sempuna.