BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Wednesday, February 13, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

Pada 25 Januari 2013 yang lalu, pihak panitia P.Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.  Ianya diadakan dalam suasana agak sederhana.  majlis ini di bawah penyelarasan al-Fadhil Ustaz Mohd Hannan.




   Pada asalnya majlis ini dijadualkan berlangsung seawal jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan.  Namun begitu, hujan renyai-renyai yang turun sejak dari subuh telah membantutkan usaha tersebut hingga akhirnya majlis ditangguhkan ke pukul 8.30 pagi di Dewan SKBK.  Alhamdulillah selepas itu majlis berjalan lancar.
   Setelah semua murid memenuhi dewan, barulah majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengacara majlis iaitu Ustaz Sahidan Umar.  Bacaan doa pula dipimpin oleh ustaz Irwan.  Selepas itu Puan Norzakiah selaku Guru Besar pula memberikan sedikit ucapan dan kemudian diikuti pula dengan ceramah berbentuk cerita yang disampaikan oleh Ustaz Irwan.  Banyak cerita bermanfaat yang disampaikan oleh ustaz Irwan.


  

   Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara kuiz tahap satu.  Hadiah disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Pn. Nurakmar Niza.  Sebelum rehat tahap satu, diadakan pula acara perarakan tahap satu.




Sementara itu di dewan diteruskan pula dengan acara kuiz tahap dua dan selepas itu barulah perarakan tahap dua pula mengambil tempat bermula dari pintu masuk SKBK.  Majlis berakhir jam 10.30 padi.

0 comments: