BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Thursday, November 3, 2011

Program Pemantapan Ibadah 2011

     Sebagaimana tahun-tahun lepas, pada tahun 2011 ini juga, pihak Panitia Pendidikan Islam SKBK telah mengadakan Program Pemantapan Ibadah khasnya untuk murid-murid tahun enam.  Ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti selepas UPSR bagi mereka dan ini juga merupakan progaram kali ke sembilan diadakan di sekolah ini.
     Program ini dijalankan selama satu bulan iaitu sepanjang bulan Oktober 2011.  Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Tahsinus Solah, Solat berjemaah (penekanan kepada muafik dan masbuk), Wirid dan doa, Solat Subuh individu, transliterasi rumi ke jawi dan juga nasyid.

Para peserta sedang dinilai

     Murid-murid tahun enam dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu mengikut rumah sukan Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Dalam aktiviti Tahsinus Solah, murid-murid lemah dibimbing bermula dari wuduknya sehinggalah salamnya.  Aktiviti ini dijalankan di surau.  Untuk aktiviti solat berjemaah, wakil setiap rumah seramai  15 orang satu rumah akan dibimbing dan dinilai aspek wuduknya, adab dalam masjid/surau/musolla, azan, iqamah, solat maghrib berjemaah, wirid serta doa di akhirnya.  Ianya dijalankan di surau, wakaf dan juga di atas pentas di dalam dewan.  

          Hakim Solat berjemaah             Antara pemenang pertandingan nasyid.

     Selain daripada itu semua murid dikehendaki menghafaz wirid dan doa selepas solat dan setiap murid juga akan dinilai pengusaannya.  Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas.  Selain itu, murid-murid dan semua guru juga diberi peluang menterjemahkan tulisan rumi ke dalam tulisan tulisan jawi melalui edaran yang diberikan kepada mereka.
     Bagi acara nasyid, murid-murid diberi peluang memilih dan berlatih sendiri dengan bimbingan guru rumah masing-masing.  Pada 27 Oktober 2011 telah diadakan acara akhir pertandingan nasyid dan pada 28 Oktober pula telah diadakan acara akhir pengujian Tahsinus Solah bagi wakil setiap rumah.