BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Tuesday, January 24, 2012

Mesyuarat Panitia Pend. Islam daerah Hulu Selangor kali 1/2012

Pada 19 Januari 2012 yang lalu, bertempat di Bilik Gerakan, SK BatangKali,  mesyuarat Panitia Pendidikan Islam daerah untuk kali pertama 2012 telah diadakan.  Nampaknya SKBK masih lagi diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi di peringkat daerah bagi sekolah rendah.  Saya pun dah tak ingat, ini tahun ke berapa SKBK menjadi pengerusi.


     Tahun ini mesyuarat dipengerusikan oleh GB SKBK yang baru iaitu En. Taufek bin Mohamed. Selain itu, GPK 1 SKBK, En. Mayuddin bin Hj. Omar juga turut serta.  Manakala wakil daripada pihak PPD hanya Ustaz Samsudin Ahmad sahaja yang dapat hadir, Ustaz Sabri tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri taklimat berkaitan persaraan.  Ketua panitia atau wakil sekolah pula, alhamdulillah bolehlah dikatakan semuanya dapat hadir.  SK Batang Kali diwakili oleh Ketua Panitia Ustazah Suriyani, Ustazah Rohaida dan Ustaz Sahidan bin Umar.


     Seperti tahun-tahun lepas, agenda mesyuarat masih lagi berkisar tentang perkara yang sama iaitu tentang, kurikulum, kokurikulum, kewangan, isu-isu semasa, j-QAF, kuota GPI & j-QAF dan lain-lain.   Mesyuarat yang bermula jam 2.45 petang telah berakhir pada jam 5.30 petang.  Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama membantu menjayakan mesyuarat tersebut.

0 comments: