BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Wednesday, January 25, 2012

Rezeki dikongsi bersama......

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang  yang menurunkan rezeki yang tidak terhingga kepada setiap hamba-Nya.

     Rezeki yang halal merupakan perkara yang penting dalam hidup kita sebagai muslim beriman.   Rezeki  yang halal inilah bakal menjadi darah daging diri kita.  Apabila kita makan daripada sumber rezeki yang halal, maka baiklah darah daging kita dan begitu juga sebaliknya. Kenikmatan lebih dirasai dan lebih dihargai apabila rezeki itu adalah daripada usaha titik peluh kita sendiri.
 2 ekor ikan dikongsi ramai-ramai

     Yang ni pula, sebiji durian kongsi 6 orang

     Lebih cantik lagi kalau rezeki yang kita dapat , kita kongsi bersama dengan orang lain seperti ahli keluarga dan sahabat handai.  Ada ketikanya rezeki ini juga patut kita kongsi dengan makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan.  Beli makanan yang sedap sedekah pada kawan-kawan.  Beli ikan yang sedap sedekah pada kucing, beli baja yang berkhasiat, beri pada pokok bunga.  Inilah yang dimaksudkan berkongsi rezeki. 

    Teringat aku tatkala musim buah berada di kemuncaknya baru-baru ini (sekarang dah penghujung).  Dalam perjalanan ke sekolah, ku lihat buah-buah rambutan dan pulasan berjuntai-juntaian di atas  kepala.  Wah.. mewah sungguh nampaknya.   Bukan semua orang menjadikan rezeki Allah ini sebagai sumber pendapatan kerana masing-masing ada pokoknya.   Bukan setakat rambutan dan pulasan, malah juga durian, manggis dan cempedak.  Walaupun begitu tak ramai juga yang sanggup mendermakan sedikit untuk mereka yang tiada.  Kalauada orang yang mengambil tanpa kebenaran, dimaki hamunnya.  Bukankah lebih baik kalau dimaafkan dan niatkan sedekah saja.
 Ini pun baik, sedahan kongsi ramai-ramai

 Yang ni tak adil, seorang guna bakul, seorang lagi guna plastik aje.

     Ingat…. dalam harta orang kaya itu ada hak untuk si miskin.   Daripada layu di dahan, kan lebih baik di hantar ke rumah anak yatim, orang miskin,  pusat-pusat pemulihan, sekolah, asrama dan kilang-kilang.  Rasanya pekerja warga asing di Malaysia, kalau nak rasa buah-buahan ni,  kenalah beli.  Saya teringat tahun 2011 yang lalu, di sebuah sekolah di negeri Selaangor, guru-gurunya berkongsi duit beli selori durian dan kemudian disajikan kepada semua pelajar di sekolah mereka.  Inilah baru dikatakan “dikongsi bersama” dan inilah juga merupakan tanda orang bersyukur.  Bukan setakat mengucapkan Alhamdulillah.  Tidak akan kurang harta orang yang bersyukur malah Allah akan tambahkan lagi kepadanya.
Rezeki yang sedikit, kongsilah sikit, rezeki yang bayak, kongsilah bayak.    
ikan dan udang yang ada dalam sungai pun diorang kongsi

 Sesungguhnya berkongsi rezeki bermakna berkongsi kebahagiaan.

Akhir kalam buat renungan bersama- 
sebuah hadith ; Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah
Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena mengharapkan keredhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula darjatnya oleh Allah 'Azzawajalla. (Riwayat Muslim)

Semoga kita sama-sama menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain.
Wallahualam.

0 comments: