BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Thursday, November 3, 2011

Program Pemantapan Ibadah 2011

     Sebagaimana tahun-tahun lepas, pada tahun 2011 ini juga, pihak Panitia Pendidikan Islam SKBK telah mengadakan Program Pemantapan Ibadah khasnya untuk murid-murid tahun enam.  Ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti selepas UPSR bagi mereka dan ini juga merupakan progaram kali ke sembilan diadakan di sekolah ini.
     Program ini dijalankan selama satu bulan iaitu sepanjang bulan Oktober 2011.  Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Tahsinus Solah, Solat berjemaah (penekanan kepada muafik dan masbuk), Wirid dan doa, Solat Subuh individu, transliterasi rumi ke jawi dan juga nasyid.

Para peserta sedang dinilai

     Murid-murid tahun enam dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu mengikut rumah sukan Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Dalam aktiviti Tahsinus Solah, murid-murid lemah dibimbing bermula dari wuduknya sehinggalah salamnya.  Aktiviti ini dijalankan di surau.  Untuk aktiviti solat berjemaah, wakil setiap rumah seramai  15 orang satu rumah akan dibimbing dan dinilai aspek wuduknya, adab dalam masjid/surau/musolla, azan, iqamah, solat maghrib berjemaah, wirid serta doa di akhirnya.  Ianya dijalankan di surau, wakaf dan juga di atas pentas di dalam dewan.  

          Hakim Solat berjemaah             Antara pemenang pertandingan nasyid.

     Selain daripada itu semua murid dikehendaki menghafaz wirid dan doa selepas solat dan setiap murid juga akan dinilai pengusaannya.  Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas.  Selain itu, murid-murid dan semua guru juga diberi peluang menterjemahkan tulisan rumi ke dalam tulisan tulisan jawi melalui edaran yang diberikan kepada mereka.
     Bagi acara nasyid, murid-murid diberi peluang memilih dan berlatih sendiri dengan bimbingan guru rumah masing-masing.  Pada 27 Oktober 2011 telah diadakan acara akhir pertandingan nasyid dan pada 28 Oktober pula telah diadakan acara akhir pengujian Tahsinus Solah bagi wakil setiap rumah.


Thursday, September 15, 2011

KURSUS KSSR P.ISLAM THN 2

     Nampaknya waktu-waktu sepertiga akhir 2011 ini ( lebih-lebih lagi bulan September ) guru-guru terus dipanggil untuk menghadiri kursus yang telah diatur oleh pihak KPM.  Jangan marah, jangan merungut.. ini bukan satu bebanan untuk guru tetapi satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bagi memartabatkan pendidikan negara.  Jadi guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF juga tidak terkecuali.
     Pada awal September, bertempat di Pusat kegiatan Guru (PKG) Kalumpang,  2 Kursus KSSR tahun 2 bagi kegunaan 2012 telah diadakan iaitu Kursus P.Islam dan satu lagi Kursus Bahasa Arab tahun dua.  Kursus ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 5 September dan berakhir pada 9 September 2011.   Berbagai slot telah diketengahkan oleh para jurulatih kedua-dua mata pelajaran ini.




     Ustazah Salinah dan Ustazah Noriza telah mewakili SK Batang Kali dalam kursus tersebut.  Ustazah Salinah mewakili subjek Pendidikan Islam manakala Ustazah Noriza untuk subjek Bahasa Arab.  Ustaz Sahidan pula berperanan sebagai jurulatih utama dan urusetia.
     Di dalam kursus tersebut para peserta didedahkan dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam KSSR termasuk kandungan pelajaran, pedagogi, penilaian, pengisian data, peranan guru dan sebagainya.  Bukan sekadar mendengar, para peserta juga diberi peluang berbincang, bersoaljawab dan membentangkan hasil kerja dan hasil bengkel.   Sesungguhnya kursus ini sangat memberi manfaat kepada guru, murid dan pihak sekolah.

Thursday, April 21, 2011

Persembahan murid sempena Maulidul Rasul 2011


Friday, February 25, 2011

Majlis Tadarus al-Quran SKBK 2011

Seperti tahun-tahun lepas, pada tahun ini juga pihak panitia telah mengadakan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat sekolah.  Pelbagai acara telah diadakan seperti Tilawah al-Quran, Hafazan, Nasyid dan juga bercerita kisah dari al-Quran.  Ia bertujuan untuk mencungkil bakat yang ada pada pelajar, seterusnya memilih yang terbaik untuk mewakili sekolah ke peringkat zon dan daerah.



Penyertaan daripada pelajar tahap dua pada kali ini amat menggalakkan.  Namun begitu MTQ kali ini diadakan secara sederhana di sebelah petang pada hari kokurikulum 23 Februari 2011 tetapi sambutannya tetap meriah.

Monday, January 10, 2011

Tugasan P.Islam Tahun 6

Semua murid tahun enam (2011) dikehendaki menyiapkan satu buku skrap seperti ketetapan di bawah:
Tajuk             :   Puasa Ramadan
Isi kandungan :   Pengenalan, makna (maksud), hukum, dalil diwajibkan, Syarat wajib, rukun, perkara yang membatalkan puasa dan hikmah berpuasa.
Keterangan : 1)  Persembahan mestilah kreatif lengkap dengan carta dan gambar.
                    2)  Tulisan bertaip rumi tidak lebih 20 muka surat (10 helai)
                    3)  Digalakkan menggunakan kertas warna bersaiz A4.
                    4)  Jika dah siap, jilidkan buku anda (binding).
                    5)  Tarikh akhir hantar 23 Mac 2011.
                    6)  Anda boleh dapatkan maklumat dari buku, majalah, internet dan lain-lain sumber yang sesuai.

Tahun baru, semangat diperbaharui.

Sesi persekolahan 2011 baru sahaja bermula. Setelah bercuti selama lebih kurang sebulan setengah, rasa begitu bersemangat bagi anak-anak didik kita untuk ke sekolah semula. Lihat sahaja pada hari Isnin (2 Januari), dengan kemas dan segak, langkah diatur menuju ke bilik darjah. Pakaian baru, beg sekolah baru, semangatpun baru. Tahniah.... teruskan begini.  Tapi apabila masuk minggu ke dua, fi'il lama datang balik. Dah mula malas nak bangun awal, nak datang sekolah awal. Isnin pertama tidak ada yang datang lewat, semua datang awal walaupun pada 2011 ini waktu pembelajaran bermula 7.30 pagi berbanding 7.45 pagi pada tahun lepas. Tapi hari ini isnin minggu kedua sudah ada yang kena tahan kerana datang lewat.  Kenapa ini terjadi? Adakah sekolah kurang menarik atau mereka yang kurang minat? Atau... mungkin kurang motivasi.  Rata-rata yang ditanya memberi alasan mudah "bangun lambat".  Harap-harap keadaan seperti ini tidak akan berterusan.  Andai kita semua sentiasa bersemangat ke sekolah, tidak mustahil kita dan SKBK akan terus menempa kejayaan yang cemerlang.

Saturday, May 15, 2010

Sambutan Hari Guru yang Pertama

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU

·         Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
·         Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
·         Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
·         Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
·         Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
·         Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.