BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Sunday, January 15, 2012

Makluman Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) SKBK 2012.

Assalamualaikum semua.
Perhatian untuk semua murid SKBK terutama murid-murid tahun 4,5 dan 6.  
Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) 2012 peringkat sekolah akan diadakan pada Hari Rabu 8 Februari 2012 akan datang.  Saringan untuk mencari 10 peserta terbaik akan diadakan pada 1 Februari, seminggu sebelum acara final.
     Acara yang dipertandigkan ialah Tilawah al-Quran Lelaki, Tilawah al-Quran Perempuan, Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan, Bercerita Kisah dari al-Quran Lelaki dan Bercerita Kisah dari al-Quran perempuan.
     Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam pengujian ini bolehlah mendaftar dengan mengisi borang penyertaan yang telah ditampal di papan kenyataan di kelas masing-masing.  Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari 2012 jam 10.00 pagi.

Tuesday, January 10, 2012

SENARAI TUGAS GPI & Gj-QAF 2012

1)     Ustazah Suriyani bt. Mohd Arshad
        -  Ketua Panitia P.Islam
        -  Fail Induk, surat-menyurat, perkembangan staf, analisa exam/ujian, kewangan, pencerapan dan
            perancangan peningkatan panitia.
        -  Penyelaras Ihya' Ramadan

2)     Ustazah Hjh. Idayu bt. Mustakim
        -  Surau al-Hikmah
        -  Fail sukatan pelajaran dan maklumat guru
        -  Penyelaras Program Maal Hijrah dan MTQ

3)     Ustaz Sahidan bin Umar
        -  Pentaksir PAFA
        -  Guru ICT Pend. Islam
        -  Penyelaras Program bacaan Yasin tahun enam
        -  Fail PAFA, Perkembangan staf dan pencerapan
        -  Penyelaras Program Pemantapan Ibadah dan Aktiviti selepas UPSR.


4)     Ustazah Umi Kalsom bt. Zainal Abidin
        -  Penyelaras PAFA (Ketua Pentaksir Sekolah)
        -  Fail PAFA dan Bank soalan
        -  Penyelaras Program Israk dan Mikraj

5)     Ustazah Salinah bt. Mohd Sharif
        -  Penyelaras surau al-Hikmah
        -  Fail sukatan pelajaran dan maklumat guru
        -  Penyelaras Surau al-Hikmah


6)     Ustazah Rohaida bt. Mat Isa
        -  Penyelaras j-QAF
        -  Penyelaras bilik j-QAF
        -  Fail j-QAF
        -  Penyelaras program Ihya' Ramadan


7)     Ustazah Norma bt. Che Musa
        -  Setiausaha panitia P. Islam
        -  Pemulihan jawi
        -  Fail minit mesyuarat, jadual waktu guru dan kokurikulum.
        -  Penyelaras aktiviti Minggu Jawi


8)     Ustazah Noriza bt. Abdullah
        -  Guru Data
        -  Bilik j-QAF
        -  Fail Data j-QAF
        -  Penyelaras Program Hari kualiti Pendidikan Islam.


9)     Ustazah Norasliza bt. Ghazali
        -  Penyelaras Literasi al-Quran
        -  Fail Tasmik
        -  Hari Kualiti Pendidikan Islam


10)   Ustazah Rosidah bt. Ishak
        -  Penyelaras papan info j-QAF
        -  Guru ICT Pend. Islam
        -  Fail Bahasa Arab
        -  Penyelaras Program Minggu Bahasa Arab


11)   Ustaz Mohd Faizal bin Leman
        -  Guru data P.Islam & j-QAF
        -  Guru pembimbing bacaan Yasin tahun enam
        -  Fail Bahasa Arab
        -  Penyelaras Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri


12)   Ustaz Muhammad Irwan
        -  Guru Literasi al-Quran
        -  Fail Kem Bestari Solat
        -  Penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Tuesday, December 13, 2011

Majlis Berkhatan Beramai-ramai

Assalamualaikum semua.
Hari ini saya nak bercerita pula tentang satu Majlis Berkhatan beramai-ramai yang telah berlangsung pada 5 Disember 2011 yang lalu (masa cuti akhir tahun tu).  Walaupun majlis ini bukan anjuran panitia P.Islam SKBK tetapi elok juga saya ketengahkan kerana melibatkan ramai anak-anak cikgu SKBK dan juga murid-murid SKBK.

     Majlis ini sebenarnya adalah anjuran Persatuan Penduduk Desa Alamria (PERSADA) yang pengerusinya adalah Cikgu Alpian (SKBK).  Peserta berjumlah 18 orang yang sebahagian besarnya adalah murid-murid SKBK berumur antara 8 hingga 12 tahun.  Antara yang turut berkhatan (orang kampung kata, bersunat) adalah 2 orang anak bujang Cikgu Pian tu, anak Ustazah Rohaida, anak Ustaz Sahidan dan juga anak buah Cikgu Afrizal.  Rumah Cikgu Afrizal yang kosong tu pula dijadikan pusat penyembelihan, opppp silap.... pusat operasi (klinik sementara).


     2 hari sebelum tu iaitu pada 3 dan 4 Disember beberapa orang penduduk bergotong royong membasuh rumah dan mendirikan khemah yang dipinjam daripada pihak bomba.  Tanggal 5 Disember seawal jam 7.30 pagi bermulalah debaran para peserta.  Sebelum dikhatankan, majlis perasmian diadakan terlebih dahulu.  Doa dibacakan oleh Ustaz Sahidan dan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Isa Abu Kasim, ADUN Batang Kali.


     Selepas itu segala keresahan dan kerisauan peserta dibasuh dengan pancutan air dari lori SYABAS.  Wah... nampak keriangan mula menyerlah di wajah mereka.  Anak-anak yang tak bersunatpun tumpang sekaki.  Kira-kira jam 9.00 peserta pertama dan kedua (kedua-duanya anak cikgu Pian) dipanggil masuk ke bilik sunat.  Terdengar sayup-sayup raungan tangisan salah seorang dari mereka.  Mujur DJ hari itu memasang bacaan ayat-ayat al-Quran lebih kuat bunyinya dari bunyi orang menangis.  Lebih kurang 10 minit, keluar dua orang budak tu, masuk pulak 2 orang yang lain.  Begitulah seterusnya sehingga selesai tepat jam 11.00 pagi.  Anak-anak, ibu bapa, Tok Mudim (dari hospital KKB) semuanya tarik nafas panjang, bersyukur majlis selesai. Alhamdulilah....
 

Thursday, November 3, 2011

Program Pemantapan Ibadah 2011

     Sebagaimana tahun-tahun lepas, pada tahun 2011 ini juga, pihak Panitia Pendidikan Islam SKBK telah mengadakan Program Pemantapan Ibadah khasnya untuk murid-murid tahun enam.  Ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti selepas UPSR bagi mereka dan ini juga merupakan progaram kali ke sembilan diadakan di sekolah ini.
     Program ini dijalankan selama satu bulan iaitu sepanjang bulan Oktober 2011.  Di antara aktiviti yang dijalankan ialah Tahsinus Solah, Solat berjemaah (penekanan kepada muafik dan masbuk), Wirid dan doa, Solat Subuh individu, transliterasi rumi ke jawi dan juga nasyid.

Para peserta sedang dinilai

     Murid-murid tahun enam dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu mengikut rumah sukan Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Dalam aktiviti Tahsinus Solah, murid-murid lemah dibimbing bermula dari wuduknya sehinggalah salamnya.  Aktiviti ini dijalankan di surau.  Untuk aktiviti solat berjemaah, wakil setiap rumah seramai  15 orang satu rumah akan dibimbing dan dinilai aspek wuduknya, adab dalam masjid/surau/musolla, azan, iqamah, solat maghrib berjemaah, wirid serta doa di akhirnya.  Ianya dijalankan di surau, wakaf dan juga di atas pentas di dalam dewan.  

          Hakim Solat berjemaah             Antara pemenang pertandingan nasyid.

     Selain daripada itu semua murid dikehendaki menghafaz wirid dan doa selepas solat dan setiap murid juga akan dinilai pengusaannya.  Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas.  Selain itu, murid-murid dan semua guru juga diberi peluang menterjemahkan tulisan rumi ke dalam tulisan tulisan jawi melalui edaran yang diberikan kepada mereka.
     Bagi acara nasyid, murid-murid diberi peluang memilih dan berlatih sendiri dengan bimbingan guru rumah masing-masing.  Pada 27 Oktober 2011 telah diadakan acara akhir pertandingan nasyid dan pada 28 Oktober pula telah diadakan acara akhir pengujian Tahsinus Solah bagi wakil setiap rumah.


Thursday, September 15, 2011

KURSUS KSSR P.ISLAM THN 2

     Nampaknya waktu-waktu sepertiga akhir 2011 ini ( lebih-lebih lagi bulan September ) guru-guru terus dipanggil untuk menghadiri kursus yang telah diatur oleh pihak KPM.  Jangan marah, jangan merungut.. ini bukan satu bebanan untuk guru tetapi satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bagi memartabatkan pendidikan negara.  Jadi guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF juga tidak terkecuali.
     Pada awal September, bertempat di Pusat kegiatan Guru (PKG) Kalumpang,  2 Kursus KSSR tahun 2 bagi kegunaan 2012 telah diadakan iaitu Kursus P.Islam dan satu lagi Kursus Bahasa Arab tahun dua.  Kursus ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 5 September dan berakhir pada 9 September 2011.   Berbagai slot telah diketengahkan oleh para jurulatih kedua-dua mata pelajaran ini.




     Ustazah Salinah dan Ustazah Noriza telah mewakili SK Batang Kali dalam kursus tersebut.  Ustazah Salinah mewakili subjek Pendidikan Islam manakala Ustazah Noriza untuk subjek Bahasa Arab.  Ustaz Sahidan pula berperanan sebagai jurulatih utama dan urusetia.
     Di dalam kursus tersebut para peserta didedahkan dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam KSSR termasuk kandungan pelajaran, pedagogi, penilaian, pengisian data, peranan guru dan sebagainya.  Bukan sekadar mendengar, para peserta juga diberi peluang berbincang, bersoaljawab dan membentangkan hasil kerja dan hasil bengkel.   Sesungguhnya kursus ini sangat memberi manfaat kepada guru, murid dan pihak sekolah.

Thursday, April 21, 2011

Persembahan murid sempena Maulidul Rasul 2011


Friday, February 25, 2011

Majlis Tadarus al-Quran SKBK 2011

Seperti tahun-tahun lepas, pada tahun ini juga pihak panitia telah mengadakan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat sekolah.  Pelbagai acara telah diadakan seperti Tilawah al-Quran, Hafazan, Nasyid dan juga bercerita kisah dari al-Quran.  Ia bertujuan untuk mencungkil bakat yang ada pada pelajar, seterusnya memilih yang terbaik untuk mewakili sekolah ke peringkat zon dan daerah.



Penyertaan daripada pelajar tahap dua pada kali ini amat menggalakkan.  Namun begitu MTQ kali ini diadakan secara sederhana di sebelah petang pada hari kokurikulum 23 Februari 2011 tetapi sambutannya tetap meriah.