BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Thursday, September 15, 2011

KURSUS KSSR P.ISLAM THN 2

     Nampaknya waktu-waktu sepertiga akhir 2011 ini ( lebih-lebih lagi bulan September ) guru-guru terus dipanggil untuk menghadiri kursus yang telah diatur oleh pihak KPM.  Jangan marah, jangan merungut.. ini bukan satu bebanan untuk guru tetapi satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bagi memartabatkan pendidikan negara.  Jadi guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF juga tidak terkecuali.
     Pada awal September, bertempat di Pusat kegiatan Guru (PKG) Kalumpang,  2 Kursus KSSR tahun 2 bagi kegunaan 2012 telah diadakan iaitu Kursus P.Islam dan satu lagi Kursus Bahasa Arab tahun dua.  Kursus ini telah dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 5 September dan berakhir pada 9 September 2011.   Berbagai slot telah diketengahkan oleh para jurulatih kedua-dua mata pelajaran ini.




     Ustazah Salinah dan Ustazah Noriza telah mewakili SK Batang Kali dalam kursus tersebut.  Ustazah Salinah mewakili subjek Pendidikan Islam manakala Ustazah Noriza untuk subjek Bahasa Arab.  Ustaz Sahidan pula berperanan sebagai jurulatih utama dan urusetia.
     Di dalam kursus tersebut para peserta didedahkan dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam KSSR termasuk kandungan pelajaran, pedagogi, penilaian, pengisian data, peranan guru dan sebagainya.  Bukan sekadar mendengar, para peserta juga diberi peluang berbincang, bersoaljawab dan membentangkan hasil kerja dan hasil bengkel.   Sesungguhnya kursus ini sangat memberi manfaat kepada guru, murid dan pihak sekolah.