BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Friday, February 26, 2010

Kasih Rasulullah kepada umatnya.

Cuba lihat pada diri kita! Senang, mewah dan sihat. Kemudian, pandanglah ke belakang! Berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan demi menjadikan kita seperti sekarang? Ibu yang menyusukan kita. Ayah yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menumbuhkan tulang dan daging kita. Di saat kita menangis di malam hari, siapakah yang bersengkang mata? Betapa beruntungnya kita..

Cuba lihat pula di dalam jiwa kita. Ada apa? Ada Iman, bukan? Ada Islam. Ada ketenangan dan kebahagiaan hasil daripada keduanya. Dari mana pula datangnya semua ini? Takkan datang dengan sendirinya. Pastinya ia perlu melalui satu jalan untuk sampai kepada kita. Jalan itu ialah jalan pengorbanan. Jalan darah dan air mata.

Insan yang bernama Muhammad itulah yang telah berkorban untuk menyampaikan kemanisan iman dan Islam pada kita. Dan insan itu jugalah yang sering kali air matanya mengalir mendoakan kita. “ Ya Allah, ampunkanlah ummatku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. Dan insan mulia itu, di saat ajal datang menjemputnya masih tidak jemu mengingati kita. “ Ummati… Ummati… Ummati…”, lalu pergilah dia meninggalkan kita.

“Ya Allah, manusia apakah ini, kenapa dia melakukan semua ini untuk ku?”.
“Dia adalah kekasih Allah dan dia sangat mengasihimu, sangat mencintaimu. Seluruh kehidupannya dikorbankan demi kebahagiaan dunia dan akhiratmu”
“Tapi aku tidak minta semua itu!”
“Takkanlah semua perberian perlu kepada pemintaan. Memberi atas nama cinta merupakan suatu kerelaan”

Kalau tidak kerana pengorban baginda, pasti kita hanya menangkap gelap dalam kehidupan. Kalau tidak kerana dia yang mulia, pastinya kita akan merengkok di dalam neraka buat selama-lamanya.

Itu semua kisah cinta dia. Semuanya telah berlalu. Tanggungjawabnya telah selesai. Dia telah selamat menemui Ilahi. Kita? Apa pula kisah kita? Cinta kalau dibalas cuka, itu keji namanya. Kasih andai dibalas dengan luka, jangan marah kalau dikatakan celaka.

Lihat sekali lagi kepada diri kita. Tidak lukakah hatinya melihat kita sebegini rupa?? Ke mana telah kita campak pengorbanannya? Di dalam tong manakah telah kita buang Iman dan Islam kita?? Kita memang suka membuat air matanya mengalir..

Ada orang berkata, “aku tidak buang Iman. Aku tidak pernah campak Islam”
“Dia tipu! Lihat saja pada perilakunya. Islam itu tempatnya bukan dimulut tetapi harus menjelma dalam kehidupan”